- Lain-lain
Li Keqiang Bertemu dengan Antonio Guterres
Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres di Phnom Penh pada Sabtu lalu.
Li Keqiang menyatakan, China menyanjung tinggi pencapaian baharu PBB di bawah pimpinan Guterres. China akan memperkasakan kerjasama dengan organisasi PBB, berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk menjunjung tinggi visi dan prinsip Piagam PBB, menjaga undang-undang antarabangsa, dan memelihara keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
Li menyatakan, China bersedia mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan PBB, terus memberikan sokongan kepada negara-negara membangun untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang mampan dan menangani perubahan iklim.
Guterres pula menyatakan, kerjasama China dengan PBB merupakan tonggak penting dalam multilateralisme. Pihaknya menyanjung tinggi usaha China untuk memelihara multilateralisme, menggalakan agenda PBB untuk menangani perubahan iklim dan mewujudkan pembangunan lestari.