99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

CIIE Saksikan Semakin Banyak Debut Produk Terkini

(CRI)Khamis 10 November 2022

Sempena berlangsungnya Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelima di Shanghai pada ketika ini, banyak produk, teknologi, perkhidmatan yang terkini dipamerkan untuk pertama kalinya di arena antarabangsa, di rantau Asia atau di China, dan turut menambah warna kepada sesi hibur untuk pengunjung malah mencetus inspirasi inovatif dalam senario global, selain berperanan menyediakan platform kepada perusahaan pelbagai negara untuk berkongsi peluang dari aspek inovasi.

Dalam tempoh lima tahun lalu, jumlah peminat CIIE meningkat terus dalam senario global berkat elemen inovatif milik temasya itu. Menurut statistik berkenaan, pameran empat edisi lalu telah menyaksikan debut produk baharu atau teknologi dan perkhidmatan terkini lebih daripada 1,500 item. CIIE edisi 2022 dilaporkan akan menyaksikan berlangsungnya 94 slot bagi mempertontonkan lebih 170 jenis produk baharu, masing-masing meningkat 50% dan 40% berbanding dengan edisi tahun lepas.

Pasaran gergasi China mempunyai populasi 1.4 bilion orang termasuk golongan berpendapatan sederhana yang berpopulasi 400 juta orang. Sejumlah perusahaan transnasional yang pernah mempamerkan teknologi baharu mereka dalam CIIE dalam tempoh lima tahun lalu, mula menggunakan teknologi mereka di negara ini, manakala terdapat juga bekas pempamer sudah berubah menjadi pelabur kerana mereka kian menyedari pasaran China merupakan tapak terbaik untuk memasarkan hasil inovasi mereka. Di samping itu, komitmen China untuk menggalakkan pelbagai negara dan pelbagai pihak berkongsi pasaran gergasi dalam negerinya juga menjadi tarikan bagi lebih banyak perusahaan transnasional.

CIIE sebagai satu hasil inovasi, menyaksikan China mencapai kejayaan dalam pelaksanaan strategi 'pembangunan terpacu inovasi'. Terdapat data Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) yang menunjukkan bahawa China melonjak ke tangga ke-11 pada 2022 dari tangga ke-34 pada 2012 dalam ranking indeks inovasi dunia. Ini juga memperlihatkan persekitaran perniagaan yang kian diperbaiki di China dan kemajuan tercapainya dalam pembangunan berkualiti tinggi.

Dalam tempoh lima tahun lalu, CIIE bukan sahaja berkembang menjadi pemacu kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tetapi juga kondusif bagi pelbagai pihak mengorak langkah menuju ke masa depan lebih cerah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan