99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Nilai Tambahan Internet Industri Bakal Catat RMB4.45 Trilion

(CRI)Isnin 07 November 2022

Menurut “Kertas Putih Pembangunan Ekonomi Berkaitan Internet Industri China” diumumkan Akademi Internet Industri China semalam, inilai tambahan sektor tersebut akan mencatat RMB 4.45trilion (RM2.93 trilion), yang menduduki 3.64% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022.

Kini, Internet Industri sudah merangkumi 45 kategori dalam operasi ekonomi kebangsaan. Pada 2021, nilai tambahan sektor berkaitan Internet Industri mencapai RMB2.93 trilion (RM1.93 trilion), dan kemudian dijangka akan menokok RMB3.16 trilion (RM2.08 trilion) pada 2022. Daya dorongan internet terhadap industri kedua semakin meningkat. Peningkatan nilai tambahan yang dipacu oleh Internet Industri terhadap industri pertama, kedua dan ketiga dijangka masing-masing akan mencecah RMB62 bilion (RM41 bilion), RMB2.19 trilion (RM 1.44 trilion) dan RMB2.2 trilion (RM1.45 trilion) pada tahun ini. Selain itu, Internet Industri berperanan mendorong penaiktarafan struktur pengambilan pekerjaan di China, dan dijangka menyumbang kepada pertambahan pos kerja sebanyak 1.0502 juta pada 2022.

Naib Ketua Pusat Pengajian Pintar Akademi Internet Industri China, Gu Weixi berkata, Internet Industri yang menyerlah dalam menstabilkan rantai industri dan rantai pembekalan sudah merupakan tunjang dalam perkembangan ekonomi digital di negara ini.

Gaya Hidup