99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

PM Li Temu Ketua Parti Komunis Vietnam

(CRI)Rabu 02 November 2022

China dan Vietnam perlu mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mempergiat interaksi dan memperkasa penyelarasan strategi pembangunan dari perspektif strategik dan jangka panjang.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPVCC), Nguyen Phu Trong di Beijing, pada Selasa.

Kata beliau, kedua-dua negara hendaklah mendepani ketidakstabilan dan ketidaktentuan dunia dengan hubungan bilateral yang mantap.

Li turut menyatakan kesediaan China untuk menaiktarafkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Vietnam, di samping mempercepat kerjasama dalam bidang penting dengan mengoptimumkan kelebihan seperti kedudukan yang berdekatan dan industri yang saling melengkapi.

Sementara itu, Nguyen Phu Trong menyifatkan lawatannya kali ini mempamerkan persahabatan unik antara Vietnam dan China.

Beliau berkata Vietnam bersedia bersama China melaksanakan konsensus yang telah dicapai, terus mempertingkat hubungan 'rakan seperjuangan dan adik-beradik', dan membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara menerusi hasil kerjasama.

Gaya Hidup