99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Vietnam Usahakan Kesejahteraan Rakyat dan Kemajuan Manusia

(CRI)Selasa 01 November 2022

Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping berharap agar Parti Komunis Vietnam dapat bersama-sama berusaha ke arah kesejahteraan rakyat dan kemajuan manusia, serta giat mendorong pembangunan modenisasi sosialis.

Ketika bertemu dengan rakan sejawatannya dari Parti Komunis Vietnam iaitu Nguyen Phu Trong pada Isnin, beliau juga menggesa agar gangguan sebarang kuasa yang menggoyangkan asas sistem masyarakat ditolak.

Xi menyambut baik lawatan rasmi Nguyen Phu Trong di sini setelah berakhirnya Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Beliau menegaskan, negara sosialis seperti China dan Vietnam yang berdiri atas kaki sendiri dan berjalan dengan arus pembangunan dunia berjaya membangunkan modenisasi yang sesuai dengan keadaan negara, sekali gus mendinamikkan sosioekonomi.

Xi berkata, kedua-dua parti diharap dapat mempertingkat pertukaran pengalaman tentang mentadbir parti dan negara, mengekalkan interaksi peringkat tinggi dan dialog strategik antara tentera, memperluas hasil kerjasama keselamatan penguatkuasaan undang-undang, serta memelihara keselamatan politik dan kestabilan masyarakat masing-masing.

Jelasnya, sambil asas ekonomi masyarakat sosialis semakin diperkukuh, China bersedia mengembangkan penyelarasan strategik, mendorong kesalinghubungan, membentuk rantaian industri dan pembekalan yang mantap, menggalakkan perusahaan intensif teknologi yang bereputasi baik melabur ke Vietnam, memperkasa kerjasama bilateral dalam perubatan dan kesihatan, pembangunan hijau, ekonomi digital dan pendekatan menangani perubahan iklim.

"China mengutamakan ASEAN dalam diplomasi kejiranan dan pembangunan berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mementingkan kedudukan dan peranan Vietnam dalam ASEAN, menanti-nantikan pembangunan 'kampung halaman yang damai, sentosa, makmur, indah dan ramah', mendorong integrasi ekonomi rantau Asia Timur.

"China bersedia mengamalkan multilateralisme yang sebenar bersama dengan ASEAN, mempertahankan keterbukaan serantau, menggalakkan situasi semasa serantau dan antarabangsa berkembang ke arah yang damai, stabil, adil dan rasional, di samping membangun komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Xi.

Phu Trong dalam ucapannya turut bersetuju dengan saranan Xi berhubung perkembangan hubungan parti dan negara.

"Vietnam bersedia memperkukuh hubungan politik yang saling mempercayai, mengintensifkan hasil kerjasama ekonomi, memelihara kedamaian dan kesentosaan sempadan darat dan kestabilan laut, mengelak gangguan masalah maritim kepada hubungan bilateral," ujarnya.

Phu Trong berkata pihaknya akan giat menaiktaraf persahabatan dan perkongsian rakan strategik komprehensif.

Gaya Hidup