99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Hipokrasi AS dan Amalan Dwistandardnya yang Bergila-gila dalam Bidang Hak Asasi

(CRI)Sabtu 22 Oktober 2022

Amerika Syarikat (AS) memperlihatkan sikap hipokrit dan amalan dwistandard yang bergila-gila apabila asyik memfitnah negara-negara membangun, sedang membuta terhadap rekod hak asasi manusia yang buruk baik di negara sendiri mahupun negara sekutunya.

Demikian kata wakil sementara Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing, dalam sesi debat umum anjuran jawatankuasa ketiga Perhimpunan Agung PBB Ke-77 mengenai topik hak asasi pada Khamis.

Dalam ucapannya, Dai menggesa AS bertindak meneliti isu-isu yang melibatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang suku Indian dan diskriminasi ras yang serius di negaranya, selain merenung kembali jenayah pembunuhan yang dilakukannya terhadap orang awam secara sembarangan dalam operasi ketenteraannya di Iraq, Afghanistan dan Syria.  

Sementara itu, Dai memaklumkan pencapaian China dalam pembangunan hak asasi manusia dan sumbangan China kepada pembangunan hak asasi manusia antarabangsa, di samping membentangkan pendirian China dalam isu Xinjiang, Tibet dan Hong Kong.

"China tegas menentang dan menolak tindakan segelintir negara termasuk AS yang mencemarkan nama serta membuat tuduhan tidak berasas terhadap China," kata Dai.

 

Gaya Hidup