99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lonjakan Besar dalam Pembangunan 'China Indah'

(CRI)Jumaat 21 Oktober 2022

Sidang media kelima Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pagi tadi menumpu kepada "pembangunan China yang indah yang berorientasikan simbiosis manusia dengan alam dengan harmoni".

Naib Menteri Ekologi dan Persekitaran, Zhai Qing memaklumkan, PKC yang berpandukan fikiran Xi Jinping tentang peradaban ekologi, menetapkan pembangunan ekologi alam sebagai komponen utama dalam pelaksanaan strategi asas yang bersangkutan dengan pembangunan lestari nusa dan bangsa, mencipta sejumlah keajaiban ekologi dan keajaiban pembangunan hijau yang mengagumkan dunia, dan mewujudkan lonjakan besar dalam pembangunan tanah air yang indah.

Beliau berkata, pada sedekad lalu, pihaknya menjunjung tinggi cetusan minda "gunung hijau dan air jernih sama seperti gunung emas dan perak", dan mengekalkan pemeliharaan dan rawatan sistematik terhadap bukit, air, hutan, tanah, tasik, rumput dan pasir sehingga berjaya membawa perubahan drastik dalam bidang pembangunan peradaban dan pemeliharaan ekologi.

Sebagai penggiat, penyumbang dan peneraju peradaban ekologi global, China akan terus mengamalkan multilateralisme dan mendorong sistem tadbir urus global yang adil, rasional, kerjasama dan menang-menang demi menyumbang kepada pembangunan lestari manusia.

Gaya Hidup