99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menyejahterakan Rakyat, Visi dan Misi Konsisten PKC

(CRI)Selasa 18 Oktober 2022

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah membuka tirainya di Beijing pada Ahad. "Rakyat" disebut kerap kali Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 membentangkan laporan.

Baik dari segi hasilan penambahbaikan hidup rakyat pada sedekad lalu, mahupun dari aspek cetak biru yang menggambarkan hidup rakyat pada masa depan, laporan terbabit mempamerkan tekad dan misi parti pemerintah China untuk menyejahterakan rakyat serta memacu pembangkitan semula nusa dan bangsa, di samping mencerminkan keprihatinan pemimpin negara yang tertinggi terhadap hidup rakyat.

Ketika mengimbau kembali perkembangan PKC pada seabad lalu, boleh didapati bahawa parti itu mengutamakan kepentingan rakyat pada bila-bila masa, dan tidak pernah menunjukkan kehendaknya mahu mengaut laba sendiri. Inilah perbezaan ketara antara parti politik yang berpandukan ajaran Marxis dengan parti yang lain.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan pada 2012, kita telah menyaksikan ulang tahun ke-100 PKC, perkembangan masyarakat sosialis yang bercirikan China pada era baharu, serta kejayaan dalam membanteras kemiskinan dan membangunkan masyarakat makmur sederhana iaitu tercapainya Matlamat Perjuangan Seratus Tahun yang pertama. Ini juga merupakan kejayaan amat signifikan bagi nusa dan bangsa China bahkan dunia.

Dalam laporan berkenaan, Xi menegaskan, PKC sudah menggalas tugasan utamanya untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum membangunkan negara sosialis yang makmur dan moden demi merealisasikan Matlamat Seratus Tahun yang kedua.  

Dimaklumkan, China merancang merealisasikan modenisasi negara dalam tempoh 2020 hingga 2035, dan menampil selaku negara sosialis yang makmur dan moden dalam tempoh 2035 hingga 2050.

"Pembangunan yang diwujudkan demi kesejahteraan rakyat bergantung pada usaha rakyat, dengan hasilannya pula dikongsi dengan rakyat." Dengan adanya panduan sedemikian, PKC yang sejak sekian lama berganding bahu dengan rakyatnya dalam perjuangan telah mencapai hasil yang mengagumkan. Dalam perjuangan pada fasa baharu, PKC dipercayai akan mencipta lebih banyak keajaiban dan menambah lebih banyak elemen positif kepada kedamaian dan pembangunan sejagat.

Gaya Hidup