- Lain-lain
Diplomat Asing Harap China Capai Lebih Banyak Kejayaan
Diplomat asing di China menzahirkan harapan agar China dapat terus berkembang maju untuk melakar lebih banyak pencapaian.
Duta Pakistan ke China, Moin Ul Haque menyatakan, pembangunan China menjadi contoh terbaik kepada dunia, baik dari segi perindustrian, pertanian mahupun persekitaran dan teknologi.
Beliau menganggap, pengalaman pembangunan China boleh ditiru negara membangun.
Sempena Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), duta itu turut menyuarakan harapan agar China terus maju jaya pada masa hadapan dan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara kekal utuh.
Duta Laos ke China, Khamphao Ernthavanh menyatakan rasa syukur kerana beliau dilantik berkhidmat di Beijing semasa hubungan dua negara berada di tempoh terbaik dalam sejarah, menyaksikan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara semakin mantap.
Beliau juga mengambil peluang ini menyampaikan ucapan tahniah kepada China atas pencapaian cemerlang diraih rakyat di bawah bimbingan PKC.
Khamphao tidak sabar ingin mengetahui langkah seterusnya PKC untuk menerajui pembangunan negara Tembok Besar itu.
Duta Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun berharap Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dapat diadakan dengan jayanya dan membawa China melangkah ke arah Matlamat 100 Tahun kedua dalam usaha membangunkan negara sosialis moden yang kuat secara menyeluruh.