99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bina Jalan Raya di “Laut Mati”

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 08 Oktober 2022

18 lokomotif sedang beroperasi di tapak pembinaan jalan raya Tumushuke-Kunyu, wilayah Xinjiang yang terletak di padang pasir Taklimakan, yang digelar “Laut Mati”. Pada waktu yang sama, beberapa jentolak besar pula sedang meratakan bukit pasir.

“Sejak Julai lalu, kami telah menyelesaikan penggalian dan pengisian pasir sebanyak sejuta meter padu, tapi baru menyelesaikan jalan sejauh 4.5 kilometer", kata pengurus projek tersebut, Liang Bingqian. Jumlah pasir untuk pembinaan dasar jalan di padang pasir yang biasa hanya perlu 50 ribu meter padu setiap kilometer. Namun angka tersebut meningkat tiga kali ganda di sini ekoran terdapat banyak bukit pasir dengan ketinggian maksimum lebih 30 meter sepanjang laluan tersebut.

Jalan raya Tumushuke-Kunyu yang panjangnya 276 kilometer dijangka akan diselesaikan menjelang penghujung 2023. Dengan adanya jalan tersebut, jarak antara bandar Tumushuke dengan bandar Kunyun dijangka dapat didekatkan hingga kira-kira 276 kilometer dari jarak asalnya kira-kira 600 kilometer.

Gaya Hidup