99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pembinaan Pusat Pengkomputeran AI China-ASEAN Dimulakan di Nanning, Guangxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 September 2022
Pembinaan Pusat Pengkomputeran AI China-ASEAN Dimulakan di Nanning, Guangxi

Majlis Pelancaran Pembinaan Pusat Pengkomputeran Kecerdasan Buatan China-ASEAN telah diadakan di Persidangan AI China (Guangxi)-ASEAN ke-3 pada 23 September lalu.

Pusat tersebut dilaburkan oleh bandar Nanning dan akan dibina menerusi dua fasa.

Pusat tersebut akan menggunakan teknologi AI yang dikawal sepenuhnya oleh China dan bertujuan membina wahana asas AI buatan sendiri supaya menyediakan perkhidmatan pengkomputeran inklusif bagi badan kerajaan, perusahaan dan institusi serta institut penyelidikan sains, sekali gus membentuk wahana inkubator inovasi, pembangunan integrasi perindustrian, inovasi sains dan teknologi serta pendidikan modal insan untuk memperkasakan pembangunan industri AI di China dan rantau ASEAN.

Sebagai projek utama dalam inisiatif Pelabuhan Maklumat China-ASEAN, pusat tersebut akan meningkatkan inovasi bersama dan aplikasi bersepadu dalam bidang teknologi kunci termasuk kuasa komputer, algoritma dan data sehingga memberikan sokongan kukuh kepada interaksi dan kerjasama antara China dengan negara anggota ASEAN dalam sektor ekonomi digital. 

Gaya Hidup