99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Saran SCO Perkukuh Perpaduan, Kerjasama

(CRI)Ahad 18 September 2022
Xi Saran SCO Perkukuh Perpaduan, Kerjasama

Presiden Xi Jinping menghadiri rundingan lingkungan kecil mesyuarat ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung di Samarkand, Uzbekistan pada Jumaat.

Xi ketika berucap dalam rundingan itu berkata, SCO berjaya meneroka jalan pembangunan pertubuhan antarabangsa model baharu, dengan menjunjung 'semangat Shanghai' sejak ditubuhkan lebih 20 tahun lalu.

Menurut beliau, pertarungan antara solidariti dan kolaborasi dengan perpecahan dan konfrontasi semakin menonjol. Hal ini membawa tempias kepada keamanan dan kestabilan dunia, dan juga tidak berfaedah bagi pembangunan jangka panjang serantau.

Berdepan situasi rumit, SCO hendaklah memegang hala tuju pembangunan yang betul, memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang dan terus menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pembangunan negara anggota.

Beliau menyarankan SCO supaya memperkukuh perpaduan dan kerjasama, di samping mengekalkan kemandirian strategi dan memelihara kestabilan serantau.

Selain itu, pertubuhan itu hendaklah menjunjung keuntungan bersama dan keterangkuman untuk memacu kerjasama pembangunan.

Beliau juga mengesyorkan SCO memperluas keanggotaan dan menyempurnakan mekanismenya.

Tegas beliau, tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China komited mengekalkan pembangunan secara damai, terbuka, bekerjasama dan bersama.

China juga bersedia membantu pembangunan negara serantau dengan pembangunan sendiri, dan membawa lebih banyak kebajikan kepada rakyat pelbagai negara.

Gaya Hidup